Chandra Bahadur Dangi, 72,  hanya memiliki ketinggian 22 inci sahaja dan akan direkodkan sebagai lelaki yang terpendek di dunia. Ini bermakna dia akan mengalahkan Junrey Balawing, 18, dari Filipina yang mempunyai ketinggian 23.5 inci yang memegong rekod sebagai lelaki terpendek di dunia sebelum ini.

Dangi meninggalkan rumahnya dikampung terpencil di Nepal untuk terbang ke Kathmandu untuk diukur oleh Pegawai Guinness World Rekod sebelum disahkan secara rasminya esok.

Beliau berkata, ‘Saya gembira saya akan diisyitiharkan sebagai orang terpendek di dunia. Menurut beliau juga, beliau tidak pernah mengambil sebarang jenis ubat atau diperiksa oleh doktor sebelum ini. Dangi yang mempunyai 5 orang abang dan dua orang saudara perempuan telah kehilangan ibu bapa semasa berumur 16 tahun.

Tiga daripada lima orang abangnya mempunyai ketinggian kurang daripada empat kaki manakala dua orang kakak dan dua orang lagi abangnya mempunyai ketinggian yang sederhana.

Dangi pernah menghidap selsema yang pelik, tetapi mendedahkan mempunyai ubat sendiri di rumah. Pada masa itu, saya minum air panas serta kunyit yang dilarutkan dalam air’. Saya tidak pernah jatuh sakit mungkin kerana badan saya sihat.

Dangi meninggalkan kampungnya, Reemkholi di daerah Dang 217 batu dari Kathmandu untuk kali pertama 5 tahun yang lalu dan ini adalah kali pertama lawatan beliau ke ibu negara, Himalaya.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak membuat tuntutan sebagai lelaki terpendek sebelum ini, beliau berkata keluarganya tidak mengetahui adanya rekod tersebut kerana mereka tidak berpendidikan. Beliau juga berharap beliau akan menjadi terkenal di seluruh dunia. Beliau juga mahu melawat negara asing dan bertemu dengan orang diseluruh dunia.

Advertisements