Seorang Juruterbang Southwest Airlines mencetuskan panik dikalangan penumpang apabila mengucapkan selamat hari jadi kepada ibunya di atas kapal terbang. Jurucakap Southwest Airlines Brandi King menjelaskan keadaan panik tersebut tercetus bila para penumpang tersalah dengar perkataan “mom” yang kedengaran seperti BOM.

“Juruterbang tersebut menjelaskan bahawa sebenarnya dia mengucapkan selamat hari jadi kepada ibunya” beritahunya kepada stesen TV WBCS 880.

Kapal terbang tersebut dalam perjalanan dari Baltimore ke MacArthur Airport jumaat lepas.

Kru penerbangan kemudiannya terpaksa menenangkan para penumpang yang panik dan juruterbang tersebut menerangkan keadaan yang sebenar.

Beberapa penumpang juga membuat aduan terhadap ketakutan yang terpaksa dialami mereka.

 

Advertisements