Microsoft telah mengeluarkan versi “Consumer Preview” daripada sistem operasi terbarunya Windows 8. Windows 8 adalah Windows yang lebih baik dari Windows 7. Kata Steven Sinofsky, Ketua Bahagian Windows Microsoft ketika majlis pelancarannya di MWC, Barcelona, Sepanyol. Persaingan yang hebat dari Apple, Google dan Amazon.com membuatkan Microsoft berasa ketinggalan lalu menghasilkan Windows 8 yang baru.

Windows 8 boleh didownload secara percuma oleh orang ramai sehinggalah versi akhirnya tersedia. Namun, oleh kerana ianya masih dalam peringkat percubaan, Microsoft tidak menjamin bahawa semua pogramnya dapat berjalan dengan baik.

Untuk pertama kali, butang “Start” tidak lagi digunakan. Penekanan baru adalah kepada rekabentuk baru antaramuka Windows 8 “metro style”. Terdapat dua variasi penggunaan Windows 8 dimana boleh digunakan pada komputer peribadi dan laptop manakala satu lagi boleh digunakan untuk tablet, smartphone dan peranti mudahalih yang lain.

Setakat ini, versi percubaan Windows 8 telah dimuat turun oleh pengguna di 70 buah negara dan Microsoft belum lagi menutup versi percubaan tersebut.

Advertisements