Seorang budak lelaki berumur 3 tahun yang dikurung dalam bilik kecil oleh ibu bapanya yang kejam terlalu lapar sehingga dia akhirnya menarik lalu memakan rambutnya sendiri. Ibunya, Lisa Brooks, 25 dan bapa tirinya Thomas Lewis, 22 dipenjarakan hari ini kerana mengurung anak mereka didalam sebuah bilik kecil yang tiada cahaya.

Akibatnya, budak lelaki itu menderita kelaparan dan hidrasi semasa dia diselamatkan dan dibawa ke hospital. Dr Paul Davies berkata dia menjamah makanan seperti tidak prnah makan sebelum ini. Dia telah menarik rambutnya lalu memakan rambutnya sendiri. Dia kelihatan terlalu lapar dan mengalami dehidrasi.

Pegawai polis yang menemui budak itu berkata dia menemui budak lelaki tersebut didalam bilik kecil yang tiada cahaya manakala diluar pula bersalji. Didalam bilik itu terdapat botol, tempat pembuangan najis, dan juga garpu. Dinding dan juga budan itu diselaputi dengan najis dan apabila didukung, budak itu terus teratuh ke atas bahu saya.’

Matanya menjuling ke atas dengan nafas yang pendek, dia kesejukan dan tidak bermaya. Malah, ditangannya juga terdapat bekas berbalam akibat diikat dikatil. Pasangan terbabit akhirnya didapati bersalah kerana mengabaikan anak mereka. Lewis dipenjarakan selama 3 tahun setengah manakala Brook pula dipenjarakan selama 3 tahun.

Pasangan terbabit memberitahu polis budak lelaki itu dikurung kerana dia mencederakan dirinya sendiri dan mereka bimbang dia akan mencederakan anak mereka pula.

Pihak mahkamah telah ditunjukkan rakaman ditelefon bimbit. Ia menunjukkan seorang budak lelaki yang tidak berpakaian didalam bilik dan memukul dirinya, dengan ibu bapanya mengarahkan dia berdiri menghadap dinding dan berkata dia tidak akan diberikan sarapan sekiranya tidak mendengar arahan mereka.

Akhirnya, budak lelaki itu telah diserahkan kepada keluarga angkat dan dilaporkan tidak mengalami gangguan psikologi.

Advertisements