Sebuah replika Istana Hogwarts yang terdapat dalam siri filem Harry Potter dipamerkan kepada orang ramai di Studio Pelancongan Warner Bros di Watford di sini kelmarin.

Replika istana itu dibina untuk filem Harry Potter and the Philosopher’s Stone.

Ia dihasilkan untuk rakaman pemandangan dari udara dan diimbas secara digital untuk adegan-adegan yang menggunakan imej penjanaan komputer (CGI).

Seramai 86 artis dan kru diperlukan untuk membina replika tersebut yang berdiameter lebih 15 meter dan dilengkapi lebih 2,500 lampu fiber optik.

Advertisements