Menurut Wall Street Journal, kadar pengangguran di Sepanyol telah mencecah sehingga 23 peratus. Sebuah bandar kecil di negara itu memiliki penyelesaian yang unik untuk mengatasi masalah pengangguran iaitu membuka ladang ganja.

Rasquera, sebuah bandar kecil yang memiliki hutang sehingga 1.3 juta euro, memiliki idea menanam ganja di tanah milik kerajaan untuk menambah pendapatan serta mencipta peluang pekerjaan.

Sebuah badan bebas yang digelar sebagai Barcelona Association of Canabis Self-Medication (ABCDA) menawarkan dana berjumlah 36,000 euro pada Rasquera untuk projek tersebut. Pelaburan tahunan untuk  projek tersebut adalah sebanyak 550,000 euro yang digunakan untuk membiayai pengeluaran yang meliputi sewa tanah dan keamanan.

ABCDA memiliki 5,000 anggota menurut EFE yang akan menyewa tanah untuk mencapai tujuan itu.”Ganja untuk perubatan sendiri adalah tidak salah”, kata anggota ABCDA kepada El periodico. Namun tak semua setuju dengan pandangan tersebut.

Eduardo Gil, ketua penyelidik Commissary of Mossos d’Eswudra en Tortosa, mengatakan pada El Periodico, “Undang-undang jelas mengatakan bahawa menanam atau menjual dadah atau bentuk lain dari mempromosikan atau memudahkan penggunaan dadah adalah salah disisi undang-undang.

Hasil siasatan terhadap status projek itu dan kesannya akan menentukan adakah projek ladang ganja itu akan diteruskan atau tidak.

Advertisements