Dengan ketinggian 4 kaki 5 inci Jason Owen merupakan satu-satunya ahli bina badan orang kerdil di United Kingdom. Walaupun mempunyai ketinggian yang tak seberapa, tapi dia boleh mengangkat barang dua kali lebih berat dari badannya sendiri. Jason Owen yang kini  berusia 30 tahun menghabiskan masa selama 4 jam untuk berlatih. Dia kini sedang berlatih untuk satu pertandingan pada bulan ogos nanti.

“Ada kepuasan bila anda mendapat bentuk badan yang diingini setelah anda bekerja keras untuk mendapatkannya. Ada juga wanita yang tertarik dengan saya namun selalunya mereka hanya meminta tips untuk menurunkan berat badan,” katanya.

Advertisements