Seorang lelaki kurang upaya telah menghabiskan hampir keseluruhan hidupnya di dalam sangkar kayu kerana keluarganya tidak mampu mnjaganya. Wei Yun,23, tinggal di Kampung Gongchuan, selatan daerah Guangxi, China tidak boleh bercakap dan hanya mampu merangkak.

Semasa kecil dia dibenarkan untuk merangkak didalam rumah namun setelah dia tertumpah air panas dan hampir mati. Ibu bapanya mula mengurung Wei didalam sangkar kayu demi keselamatannya.

Bapa Wei kerja jauh dari rumah dan jarang dapat pulang. Manakala ibu tirinya pula terpaksa keluar bekerja disiang hari-ini bermakna tiada sesiapa yang dapat menjaga Wei. Oleh itu, mereka terpaksa mengurungnya didalam sangkar kayu. Ini adalah satu perkara yang biasa di China terutamanya dikawasan diluar bandar dimana kebanyakan orang kurang upaya tidak diberikan penjagaan yang sepatutnya kerana mereka tidak mempunyai pusat penjagaan untuk orang kurang upaya.

Advertisements