Pembuat jam tangan Swiss telah menghasilkan jam tangan yang dipercayai termahal didunia. Jam tangan Hublot tersebut berharga $5 juta telah dihiasi dengan 140 karat berlian. 6 daripada 1292 berlian tersebut mempunyai berat sebanyak 3 karat. Batu berharga tersebut meliputi keseluruhan permukaan jam tangan tersebut.

Syarikat tersebut dimiliki oleh LVMH telah menggunakan 17 orang tenaga kerja dan 14 bulan diperlukan untuk menghasilkan jam tangan Hublot ini. Presiden syarikat tersebut, Jean-Claude Biver menerangkan ianya agak sukar untuk  menghasilkan jam tangan yang lebih mahal kerana permukaan jam tangan yang agak terhad.

Walaupun dijual dengan harga yang tinggi, mereka tidak mempunyai masalah untuk menjualnya. Malah, terdapat beberapa orang yang telah berminat untuk menempahnya.

Pembuat jam tangan Hublot itu telah mencipta rekod pada tahun 2011 dimana tahap jualan mereka telah meningkat sebanyak 30 peratus. Malahan semasa berlakunya krisis ekonomi yang telah mempengaruhi banyak syarikat lain, namun rekod penjualan mereka tetap meningkat. Mereka juga berharap agar pada tahun 2012 jualan akan terus meningkat.

Hublot akan ditayangkan pada umum di Baseworld Watch & Jewellery Show bermula hari ini.

Advertisements