GUATEMALA CITY: Seorang bekas anggota skuad elit angkatan tentera Guatemala dijatuhkan hukuman penjara 6,060 tahun kerana terbabit dalam pembunuhan 201 petani pada 1982 dan dianggap kekejaman paling teruk dalam perang saudara negara berkenaan.

Mahkamah lewat semalam menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap bekas pembimbing tentera, Pedro Pimentel iaitu 30 tahun penjara bagi setiap orang yang dibunuh ketika serbuan di perkampungan Dos Erres di antara 6 Disember dan 8 Disember 1982.

Tertuduh turut dikenakan tambahan 30 tahun penjara kerana melakukan jenayah terhadap kemanusiaan. – AFP

Advertisements