OKEY…sekarang masanya untuk anda menguji tahap ketajaman penglihatan anda. Cuba tengok gambar-gambar ini…percayakah anda sekiranya saya mengatakan bahawa gambar—gambar ini semua sebenarnya hanyalah satu lukisan?

YUP….walaupun gambar ini kelihatan seperti diambil dengan menggunakan kamera, tetapi sebenarnya ianya adalah lukisan tangan dengan hanya menggunakan pensil sahaja!

PAUL CADDEN…Berasal dari Scotland, berusia 47 tahun…itulah artis yang sangat berbakat dalam menghasilkan gambar-gambar yang kelihatan sangat realistik ini. Dia mula melukis sejak berumur 6 tahun.

TUJUH…..Dia cuma menghasilkan sebanyak 7 lukisan setahun. Biasanya dalam saiz A1 dan A0. Dia mengambil masa selama tiga hingga enam minggu untuk menghasilkan satu lukisan. Setiap lukisan ini pula dijual sebanyak £5,000 (rm24,000.00)

Cadden berjaya menghasilkan kedut-kedutan wajah seorang wanita, kepulan asap dari sebatang rokok serta titisan air seperti foto sebenar.

Lukisan yang dihasilkannya menggunakan teknik hyperrealism (luki­san menyerupai gambar sebenar beresolusi tinggi).

PAMERAN…Cadden dijadualkan akan mengadakan beberapa pameran di Amerika pada tahun ini dan juga akan muncul didalam pertunjukan TV di Jepun. Dia juga akan melawat Atlanta untuk pameran solo yang mempamerkan potrait model Naduah Rugley, seorang peserta America’s Next Top Model yang juga peminat lukisan Paul. Kemudian dia juga dijemput ke OK Harris Galeri Di New York november ini. Sebahagian daripada lukisan Cadden dipamerkan di Plus One Galeri yang mengkhususkan dalam seni hyperrealism.

Advertisements