Seorang bayi lelaki dari Jawa Timur, Indonesia menggemparkan penduduk sekitar kawasan itu apabila setiap kali dia mengeluarkan air liur ia akan berubah menjadi kristal.

Bayi tersebut, Rafael kini berusia 2 tahun. Sehingga kini dia telah mengeluarkan sebanyak 102 butir kristal yang menyerupai mutiara. Ibunya, Leni menceritakan pada kali pertama bayinya mengeluarkan kristal adalah pada 14 febuari 2012 yang lalu.

Pada ketika itu, ibunya sedang mendukung anaknya. Ketika itu, anaknya mengeluarkan air liur dan tidak lama kemudian air liur tersebut bertukar menjadi kristal. Menyangkakan ianya hanyalah batu biasa, ibunya terus membuang kristal tersebut.

Kemudian, sekali lagi dia mendapati dibawah bibir anaknya terdapat sebutir lagi kristal. Bimbang dengan keadaan tersebut, dia lantas membawa anaknya berjumpa dengan doktor namun anaknya didapati sihat.

Dia mula mengumpul kristal tersebut sejak 17 febuari. Terdapat 9 biji kristal yang mempunyai saiz yang agak besar. Namun, kristal tersebut harus berada dekat dengan anaknya. Jika tidak, anaknya akan menangis. Anaknya cuma bermain dengan kristal-kristal tersebut.

Advertisements