David Tarasenko, menjadi pembeli iPad generasi tiga pertama di Australia dan di dunia.

Australia menjadi negara pertama di dunia yang menjual ipad generasi ketiga.

Ribuan orang sanggup beratur panjang demi mendapatkan iPad terbaru ini. Namun, tahukah anda siapakah yang menjadi orang pertama didunia memiliki iPad terbaru ini?

David Tarasenko merupakan orang pertama di Australia, malah menjadi orang pertama didunia yang membeli iPad terbaru ini. Tarasenko membeli iPad tersebut di Telstra Store, Sydney.

Telstra Store membuka kedainya pada tengah malam beberapa jam lebih awal daripada Apple Store yang lain di Asia. oleh kerana itu, Tarasenko juga menjadi orang pertama yang memiliki iPad generasi ketiga itu.

Lelaki berusia 34 tahun itu yang bekerja sebagai pengurus, mengaku tidak sabar untuk memiliki iPad generasi ketiga tersebut. Tarasenko memilih iPad berwarna putih, berkapasiti 64 GB memori dengan koneksi 4G+Wi-Fi.

Advertisements