BEIJING – Seorang warga emas luar bandar berumur 68 tahun yang pertama kali menjejakkan kaki ke bandar telah membazirkan 98 tan air, hanya dengan mengepam tandas sejak dua bulan lalu, semasa dia tinggal di rumah anak lelakinya di Dalian, wilayah timur laut Liaoning, menurut akhbar Bandao Morning Post pada awal minggu ini.

Menurut akhbar itu, akibat terlalu teruja, wanita dikenali sebagai Song tersebut telah mengepam tandas setiap lima minit.

Song berkata, dia tidak tahu perbuatannya itu telah menyebabkan pembaziran.

Advertisements