Tanam anak hidup-hidup ikut ‘nasihat’ tukang tilik

UTTAR PRADESH – Sepasang suami isteri sanggup menanam anak mereka berumur sembilan hari hidup-hidup, gara-gara terlalu percaya dengan ramalan diberikan oleh seorang tukang tilik di Hapur, utara India.

Akhbar tempatan melaporkan, tukang tilik dikenali sebagai Nizaam itu, menyuruh pasangan Kiran Pal, 37, dan isterinya menanam bayi kelima mereka yang ditempatkan di dalam periuk tanah sedalam 0.9 meter di belakang rumah pada Khamis lalu.


Menurut tukang tilik tersebut, tindakan menanam bayi itu kononnya dapat memanjangkan umur memandangkan keempat-empat anak mereka sebelum ini, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi dan masalah kesihatan.

Hasil daripada maklumat beberapa jiran, bayi malang tersebut ditemui masih hidup oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu, sungguhpun telah tertanam hampir 24 jam.

Advertisements