Latest Entries »

Hayman ada memori luar biasa

Image

Aurelien Hayman bukan pemuda biasa seperti dijangka.

Kini berusia 20 tahun, Hayman memiliki kemampuan mengingati dengan tepat apa saja sepanjang tempoh sedekad lalu. Menghidap hyperthymesia, Hayman boleh menceritakan apa yang dilakukannya, dipakai, dimakan serta berita serta setiap sesuatu yang dialaminya tanpa masalah walaupun ia berlaku lama dulu. Ketika orang normal hanya mampu mengingati tidak lebih daripada 11 peristiwa dalam setiap tahun, Hayman pula sebaliknya.

Kata Hayman, dia boleh mengingat apa yang berlaku dekad lalu. “Saya seperti budak biasa sehinggalah berlaku perubahan ketika berusia 11 tahun,” katanya.

 

Namun, kata Hayman, dia menyedari perubahan itu apabila berusia 14 tahun dan mendapati dirinya mempunyai daya ingatan luar biasa. Misalnya, dia boleh bercerita mengenai cuaca pada 1 Oktober 2006 serta lagu yang didengarnya pada hari berkenaan. Hanya 20 orang disahkan menghidap hyperthymesia di dunia dan Hayman adalah satu-satunya di Britain. – DM

p/s: kalau saya pulak selalu jer terlupa hehe

BUKIT MERTAJAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati apabila lapan ahli keluarganya termasuk pembantu rumah warga Indonesia menjalankan upacara pemujaan dengan menindih tubuhnya di Bukit Minyak di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu.

View full article »

Lee Chong Wei

MESKIPUN gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya Olimpik London, perseorangan badminton negara
Datuk Lee Chong Wei tetap meraih sokongan rakyat Malaysia.

Bekas pemain perseorangan kebangsaan Ong Ewe Hock berkata Juara All-England 2010, 2011 itu boleh dianggap sebagai wira negara.

“Pada pemerhatian saya Chong Wei telah bermain dengan baik sekali, namun saya juga berpendapat masih banyak ruang untuk beliau perbaiki dan beliau perlu mengasah lagi kelebihan yang ada padanya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

View full article »

Libas ibu kerana RM10

KUALA BERANG – Seorang penganggur berusia 26 tahun dari Kampung Nibong tergamak melibas ibu kandungnya menggunakan sebilah sabit hanya kerana duit.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam 22 Julai lalu, ibu malang berusia 54 tahun itu diselamatkan suaminya, seorang petani berumur 57 tahun dengan terus membawanya bergegas keluar dari rumah.

View full article »

ALOR SETAR – Lebih 6,000 warga kerja kerajaan negeri Kedah akan turut menikmati bayaran bonus setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM500 sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
   
Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri akan mengikut langkah yang diambil kerajaan pusat dalam pemberian bonus berkenaan.
   
“Kita dah setuju nak bagi (bonus) dan serah kepada Pegawai Kewangan negeri untuk urus,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan duit raya RM100 kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat, di sini hari ini.
   
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh bayaran bonus berkenaan. – Bernama

SUNGAI MANIK: Persiapan untuk menjadi ‘raja sehari’ sudah lengkap termasuk wang hantaran RM8,000, namun hari bahagia sepatutnya dilangsungkan Ahad depan, terpaksa ditunda ke tarikh belum pasti apabila bakal pengantin perempuan terlantar koma di hospital sejak hampir seminggu lalu akibat kemalangan jalan raya.

Zunaidi Mohamad, 36, kini tidak putus-putus berdoa agar tunangnya Siti Rozita Saidin, 26, dari Alor Bakong, Kuala Sungai Manik, di sini, pulih sepenuhnya akibat kecederaan kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Kampung Bahagia, di sini, 16 Mei lalu.
Siti Rozita yang masih tidak sedarkan diri, parah di kepala, kaki dan beberapa anggota badan lain selepas motosikal dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta.

View full article »

Farah Sauffiah menyusu botol walaupun ketika menyiapkan kerja sekolahnya.

SEREMBAN – Seorang pelajar ketagih menghisap susu botol meskipun usianya kini mencecah 14 tahun.

Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.

Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah.

Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.

View full article »